SOLYMONE BLOG

SPRM: PEMBANGKANG SEDIA SOKONG DENGAN SYARAT

Labels:
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dan pembangkang dengan syarat perubahan dan penyesuaian penting dilakukan terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun beliau tidak menganggap penubuhan akta baru ini akan menyelesaikan masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ini, namun beliau memberikan sokongan bersyarat itu.
Katanya, pengenalan undang-undang itu terlalu sukar kerana melalui pengalamannya terlibat dengan penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997, beberapa peruntukan gagal diperkenalkan kerana mendapat halangan daripada beberapa pemimpin.
"Saya lebih mirip untuk mendokong banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan, saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 1997 yang begitu sukar dan kontroversi keran tidak mendapat cukup sokongan dari rakan-rakan pada ketika itu," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang SPRM 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata, salah satu peruntukan yang harus dipinda dalam akta SPRM adalah penglibatan Jabatan Peguam Negara dalam proses pendakwaan di bawah Fasal 58, Bahagian 7 yang menyatakan pendakwaan sesuatu kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.
"Menteri memberi penjelasan di dalam dan luar Dewan dengan meluahkan sebahagian kuasa memutuskan sebahagian pendakwaan kepada Peguam Negara, mengharapkan ada keupayaan untuk menyemak dan menghalang keterlanjuran pihak suruhanjaya.
"Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam Negara terlalu terselaput dengan terlalu banyak tuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
"Apatah lagi sekarang ini, Peguam Negara sendiri sedang menunggu pendakwaan terhadapnya. Saya difahamkan dengan maklumat yang cukup kuat bahawa BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah pun mengemukakan laporan, menunggu sahaja keputusan untuk mendakwa yang tertangguh lama sebab ia melibatkan Peguam Negara," katanya.
Anwar berkata, kuasa penglibatan Peguam Negara dalam SPRM yang lebih 'kuat' daripada BPR ini menunjukkan integriti suruhanjaya ini masih terperangkap dengan kegagalan kerajaan membersihkan institusi pemerintahan pentadbiran.
Katanya, terdapat kes yang dibawa oleh BPR kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini ditutup begitu sahaja walaupun mempunyai bukti yang mencukupi.
"Ada kes yang dibawa oleh BPR yang mempunyai cukup bukti seperti nombor akaun, lot tanah dan unit saham dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara ditutup begitu sahaja. Ada kes yang disiasat oleh BPR dan diluluskan Jabatan Peguam Negara tetapi ditahan di pejabat Perdana Menteri.
"Justeru, saya ingin tekankan bahawa kewibawaan suruhanjaya ini tidak selesai di peringkat itu sahaja. Ia sekali lagi dikaitkan dengan badan kehakiman, Jabatan Perdana Menteri dan menteri bertanggungjawab mengendalikan kes ini," katanya.
Selain itu, Anwar turut mempersoalkan Fasal 13, Bahagian 3, akta SPRM berhubung keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. "Kita alu-alukan untuk suruhanjaya mendengar pendapat daripada lembaga yang bebas tetapi jika sekadar lembaga yang diberikan kuasa nasihat tetapi pelantikannya adalah atas nasihat Perdana Menteri, maka nanti akan timbul keraguan kepada kebebasan lembaga itu," katanya.
Anwar turut meminta penjelasan lebih terperinci berhubung perlindungan pemberi maklumat dan maklumat dalam Fasal 65 Bahagian 8. "Saya setuju harus ada peraturan kepada orang yang membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pemimpin dan orang lain, maka harus diberikan juga ketepatan dalam menjaga saksi supaya kebebasan tidak disalah gunakan.
"Hukuman yang dikenakan itu terlalu berat jika semata-mata dakwaan itu palsu atau pendakwa kurang mengemukakan bukti yang nyata. Hal ini akan menakutkan orang untuk mengambil risiko membuat laporan kepada pembesar kerana takut dihukum.
"Saya harap dapat dimasukkan dalam peruntukan ini yang ia tidak bermaksud untuk menakutkan orang daripada membuat dakwaan tetapi hanya melarang daripada membuat tuduhan melulu," katanya.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membacakan rang undang-undang SPRM buat kali kedua. Beliau berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah 5,000 anggota dalam tempoh lima tahun bagi membantu BPR mempercepat proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat

0 comments:

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin